Monday, August 23, 2004
Malay-ed Boredom
I'm bored stiff. Sunday's have always been boring in nus, dont ask me why. Man....i think i'll try typing in malay, since there's nothing quite like it going on over here.
aduhai....hari ini bosan sial. Tidak tau nak pergi mana atau buat apa walaupun masih tertinggal banyak hal and perkara yang perlu dibuat. Terperap dalam bilik sepanjang hari, lebih lebih lagi, makan biskut "terhadam" (dunno what's the word for 'digestives') untuk sarapan petang hari ini lagi. Mak dan nek tentu akan naik darah terdengar saya makan makanan sebegini setiap hari. Tapi, apa boleh buat? Makanan di s'pura ini, bukan sahaja terlalu mahal, lebih lebih lagi tak ada rasa. Memang terkenang akan makanan di PJ, roti canai kat restoran mamak sebegitu besar dan berisi. Roti prata kat s'pura ini pula keci sial, tikus makan pun tak cukup. Pada asalnya, nak pergi bersarapan dengan aunt marlyne kat medan selera yang menghidang teh tarik syok di clementi. Mana tau...aunt marlyne ada perkara lain yang perlu diselesaikan, di'postpone'kan ke minggu depan. Maka....hari ini, sesuntuk hari di bilik lo.
Aduhai...memang terkenang akan makanan dan keluarga kat m'sia. Setiap hari terjaga dari tidur pasti akan berharap saya masih berada di rumah sendiri, menunggu nenek memasak makanan yang sedap sial untuk sarapan. Terkenang juga akan masa mag dan saya keluar untuk membeli belah kat 1U. Di nus pulak, mereka ghairah menelaah pelajaran dan tidak keluar dari bilik mereka untuk pergi mambo atau 'wet' kat pusat membeli belah. Tempat yang paling syok yang penah saya pergi untuk membeli belah ialah Fairprice NTUC. Kesian betul. Dan benda yang paling mewah yang pernah saya beli ialah....um.....penyapu berbatang besi.
Tapi...masih terdapat banyak kerja yang belum saya siapkan di sini. Jadi, sekiranya saya mengumumkan kepulangan saya kepada ayah, tentu dimarah kau-kau. Tambang bas juga mahal sial. Aduhai...walaupun KL taklah begitu jauh dari pulau yang keci molek ini, tapi masih susah nak pulang rumah. Tak apalah....september masih berpeluang pulang. Masa itu, tentu akan menghargai masa dengan ahli keluarga dan kawan-kawan dan of course, chip.
***************************
Oh damm...my malay!!! It's going down the drain!!! Oh no no no.....